Rosmah Mansor
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir untuk didakwa berkaitan pertuduhan berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dihadapkan ke Mahkmah Sesyen di sini bagi mendengar pertuduhan berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah yang berpakaian baju kurung serba hijau hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan agensi itu mendapat mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009.

Beliau sebelum itu ditahan SPRM pada jam 1.45 petang selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada pukul 1.40 petang semalam.

Rosmah bagaimanapun dilepaskan kemudian dengan jaminan SPRM. – MalaysiaGazette