Madu Manuka keluaran Evergreen Life. foto Agensi

MELBOURNE – Evergreen Life mengaku bersalah terhadapĀ  pertuduhan menambah bahan kimia buatan ke dalam madu Manuka premium keluarannya.

Pihak Keselamatan Makanan New Zealand memfailkan kes terhadap syarikat berpangkalan di Auckland yang produknya ditarik balik pada tahun 2016 oleh Kementerian Industri Utama kerana mengandungi “bahan tidak diluluskan”.

Walaupun tiada risiko keselamatan makanan, pengguna dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk tersebut dan membuangnya.

Permintaan untuk madu telah berkembang secara global, terutama untuk madu Manuka yang diperoleh daripada bunga tumbuhan yang berasal dari New Zealand dan Australia.

Spesies tumbuhan yang berbeza tumbuh di bahagian lain di dunia, tetapi ia tidak menghasilkan bunga yang diperlukan untuk madu, menjadikan manuka lebih mahal.

Manuka juga dianggap memiliki ciri-ciri anti-bakteria yang lebih baik berbanding madu lain, sebahagiannya kerana ia dihasilkan secara semula jadi mengandungi asid omega yang dipanggil DHA dan antacid yang dikenali sebagai MGO.

Evergreen Life didakwa telah menambah bahan kimia sintetik untuk meningkatkan tahap agen anti-bakteria bagi membolehkan syarikat itu menjual madu pada harga yang lebih tinggi, menurut Radio New Zealand.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman berhubung kes itu pada lewat bulan ini. – MalaysiaGazette