Kedutaan Korea Utara di Madrid yang diserang oleh sekumpulan individu pada Februari lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menahan bekas anggota marinnya yang didakwa merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menyerang Kedutaan Korea Utara di Madrid.

Christopher Ahn telah muncul di Mahkamah Persekutuan Los Angeles, kata sumber.

Ia merupakan penangkapan pertama dalam kejadian yang berlaku pada bulan Februari lalu sebelum Presiden Donald Trump bertemu dengan Kim Jong-un di Vietnam.

Free Joseon, sebuah kumpulan hak asasi manusia mengakui ia juga terlibat.

EjenPersekutuan Amerika Syarikat juga menyerbu apartmen Adrian Hong, salah seorang pemimpin kumpulan, kata Washington Post.

Dalam satu kenyataan, Free Joseon menyatakan rasa “kecewa” oleh waran tangkap yang dilaksanakan.

“Rakyat Amerika yang terakhir berada dalam tahanan rejim Kim pulang selepas diseksa dan meninggal dunia.

“Kami tidak mendapat jaminan daripada kerajaan Amerika Syarikat tentang keselamatan dan sebaliknya keselamatan rakyat Amerika Syarikat yang kini dijadikan sasaran,” kata jurucakap Lee Wolosky.

Dalam kejadian 22 Februari lalu, sekumpulan dengan sekurang-kurangnya 10 orang telah memasuki Kedutaan Korea Utara di Sepanyol yang memperkenalkan diri mereka sebagai pergerakan hak asasi yang mahu membebaskan Korea Utara.

Semasa kejadian, beberapa kakitangan kedutaan telah menjadi tebusan termasuk attache.

Ahli-ahli kumpulan juga mengambil dengan beberapa komputer dan cakera keras, data yang didakwa dihantar kepada pihak berkuasa Amerika.

Korea Utara menyifatkan kejadian itu umpama “serangan pengganas yang serius”. – MalaysiaGazette