Persembahan biola oleh Aqmal Daniel The Stylo Violinist bermula 9 Mei hingga 2 Jun ini di Grand Paragon Hotel.

JOHOR BAHRU – Bulan suci Ramadan bakal menjelang tiba tidak sampai dua minggu lagi.

Bagi pengunjung yang merancang untuk berbuka puasa di hotel, apa kata masuk dalam kalendar anda di Grand Paragon Hotel di sini.

Ini kerana bufet Ramadan di hotel setinggi 27 tingkat itu bakal menyediakan hidangan masakan ala kampung dengan kepelbagaian jenis masakan yang memaparkan masakan enak daripada pelbagai negeri.

sdr
Lebih 100 menu disediakan sepanjang Ramadan ini.

Terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan yang terdiri daripada pelbagai permulaan hidangan panas dan sejuk, hidangan utama, pencuci mulut dan minuman di Cafe Para Para.

Malah lebih menarik, menu bufet dikenali Makan Malam Semarak Ramadan akan sentiasa bertukar setiap hari.

“Buat tiga tahun berturut-turut harga bufet Ramadan kekal berharga RM118 bersih bagi orang dewasa dan RM55 bersih bagi kanak-kanak bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

dav
Kambing panggang kuzi.

“Lebih menarik, baucer pembelian awal berharga RM 98 boleh didapati bermula sekarang  sehingga 25 April ini,” kata Pembantu Pengurus Makanan, Mohammad Herwan Misran.

Tambah beliau, selain itu, bermula 6 hingga 12 Mei ini promosi khas bagi setiap bayaran empat orang dewasa akan mendapat satu percuma untuk dewasa.

Katanya, bagi setiap pembayaran 10 orang dewasa pula akan mendapat satu percuma bagi dewasa bermula dari 13 Mei hingga 4 Jun ini.

dav
Grand Paragon Hotel mengekalkan harga bufet Ramadan tiga tahun berturut-turut.

Warga emas berumur 55 tahun ke atas juga tidak dilupakan kerana akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus daripada harga asal.

Mohammad Herwan memberitahu tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had yang disajikan dalam lapan menu rotasi yang memaparkan lebih daripada 100 jenis hidangan setiap hari.

Turut disediakan bufet istimewa terdiri daripada seafood shell out, kambing panggang kuzi, sup utara, kari ‘lamb shank‘, ayam percik, daging salai masak lemak cili padi belimbing buluh, bubur lambuk kambing, babat masak lemak rebung dan banyak lagi.

dav
Menu makanan laut buat peminatnya.

Menurut beliau, hidangan utama yang sentiasa mendapat sambutan hangat iaitu asam pedas yang disediakan oleh Cef Executive Sous, Faudleen Hamidy Ismail yang sudah bersama hotel itu sejak 10 tahun.

“ Tahun ini selain daripada kuah asam pedas yang kami masak secara langsung di depan tetamu, kami juga menyediakan kuah kari dan pilihan perbagai jenis ikan yang kami sengaja sediakan untuk tetamu pilih saperti ikan tenggiri, ikan merah, siakap dan juga ikan kembung.

dav
Menu yang ditunggu-tunggu iaitu asam pedas.

“Selain daripada hidangan utama, terdapat juga kepelbagaian makanan pembuka selera seperti kerabu kerang, salad segar beserta ‘dressing’, salad diasinkan, sate dan banyak lagi.

“Kepelbagaian bufet tidak akan lengkap tanpa pemanis mulut yang enak serta pilihan minuman yang menghilangkan dahaga seperti kedondong asam boi, kelapa laut, sagu tembikai susu, cendol durian, lai chi kang, sirap bandung, air katira, dan banyak lagi,” katanya.

Lebih istimewa tetamu juga akan di hiburkan dengan persembahan biola oleh Aqmal Daniel The Stylo Violinist bermula 9 Mei hingga 2 Jun ini.

dav
Tarikan minuman kedondong asam boi.

Pengunjung juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak di bilik-bilik yang diubahsuai khas menjadi surau di Aras 3 sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, sempena dengan bulan Ramadan, bufet khas sahur juga boleh didapati bermula pukul 4 pagi hingga 5.30 pagi di Café Para Para.

Bufet tersebut berharga RM48 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM28 bersih bagi setiap kanak-kanak.

dav
Masak lemak cili padi belimbing buluh yang membuka selera.

Turut ditawarkan, pakej bilik eksklusif bagi menambah daya tarikan kepada sambutan semarak Ramadan.

Ini kerana Grand Paragon Hotel menawarkan dua hari satu malam menginap di bilik Standard termasuk sarapan atau sahur dan makan malam atau berbuka Bufet Semarak Ramadan untuk dua orang pada harga RM 390 bersih.

dav
Beraneka kuih-muih.

Kadar bilik istimewa pada harga RM200 bersih setiap bilik setiap malam termasuk sarapan sahur atau bufet untuk 2 orang (tidak termasuk cukai pelancongan) juga boleh didapati untuk sebarang lanjutan tempoh penginapan.

Promosi pakej bilik Ramadan ini bermula ari 5 Mei hingga 5 Jun depan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawati laman sesawang di www.grandparagonhotel.com.my. – MalaysiaGazette

216734a_hb_a_001
Grand Paragon Hotel terletak di-tengah-tengah bandar Johor Bahru.