Jurgen Klopp.

ENGLAND – Jurgen Klopp menggunakan situasi semasa Manchester United dengan menyindir kelab itu tidak mampu membantu the Kops untuk menundukkan Manchester City Khamis ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan bertemu jirannya the Citizens dalam aksi penting Liga Perdana Inggeris.

Ia merupakan umpama hidup mati untuk the Red Devils dalam menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas dengan berbaki 4 perlawanan lagi.

Namun bagi Liverpool kekalahan Man City di tangan Man United akan memberi kelebihan menamatkan saingan sebagai juara EPL selepas 29 musim tanpa trofi utama itu.

Kini Jurgen Klopp dan anak muridnya mengharapkan the Red Devils menumbangkan skuad Pep Guardiola yang hanya dipisahkan dengan satu mata dengan berbaki satu perlawanan untuk jiran the Red Devils itu.

Namun Klopp hari ini mengeluarkan sindiran kononnya skuad Ole Gunnar Solskjaer tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk mengejutkan pesaing EPL itu.

The Reds kini begitu ketandusan sehingga mengharapkan Man City keciciran mata untuk membolehkan mereka berpeluang cerah menjulang piala yang dinantikan sejak 29 tahun lalu.

Liverpool mengungguli tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata berbanding the Man City.

Selepas mudah menjinakkan Cardiff City semalam 2-0 Klopp tanpa meletakkan harapan terhadap the Red Devils menyindir bahawa perlawanan derby antara Man United dan Man City bukan aksi yang boleh dipengaruhi mereka.

“Lagipun Man United bukan dalam kedudukan terbaik untuk menundukkan jirannya itu.

“Apa keputusan terbaharu Man United? 3-0, 4-0 tunduk kepada Everton kan?” sindir Pengurus itu.

Malah katanya, the Red Devils yang merekodkan enam kekalahan daripada lapan perlawanan setakat ini. – MalaysiaGazette