KUALA LUMPUR – Selepas lebih 24 jam membuat pendedahan berhubung ‘kartel dedak’ oleh UMNO, menantu Presiden Pas, Zaharuddin Muhammad hari ini menafikan dua nama yang tersebar dikaitkan dengan pendedahannya itu.

Dua nama yang dinafikan bekas ahli Majlis Syura Ulama Pas itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda Pas, Khalil Abdul Hadi.

Zaharuddin dalam pendedahannya kelmarin berkata, terdapat lima pemimpin Pas yang terlibat dalam ‘kartel dedak’.

“Ini palsu. Tidak sama dengan apa yang saya maksudkan. Takkan MB Terengganu terbabit? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terbabit. Jangan percaya PAN (Parti Amanah Negara),” katanya di laman sosial Facebook.

Menerusi catatan pada posting itu, Zaharuddin turut menyertakan gambar poster lima pemimpin Pas dikaitkan dengan pendedahan dibuatnya semalam.

Semalam, Zaharuddin mendedahkan beberapa individu yang diakitkan sebagai ‘kartel dedak’ UMNO.

Beliau dipercayai membuat pendedahan itu setelah dituduh sebagai dalang yang merakam dan menyebarkan rakaman audio individu yang membuat pengakuan mengenai penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO.

Menerusi beberapa siri status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, Zaharuddin berkata, coretan itu adalah untuk menghindarkan ‘fitnah yang sedang menjalar, bukan fitnah yang sedang tidur’.

Susulan itu, Zaharuddin menggesa orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengaitkan dua nama terbabit dalam kumpulan ‘kartel dedak’. – MalaysiaGazette

Menantu Hadi dedah ‘kartel dedak’

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.