Laser Airlines masih terbang ke Venezuela. foto Agensi

WASHINGTON – Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat memerintahkan penggantungan bagi semua pesawat penumpang dan kargo antara negara itu dengan Venezuela.

Arahan itu dikeluarkan susulan laporan kekacauan dan keganasan di sekitar lapangan terbang di negara Amerika Selatan.

Banyak syarikat penerbangan antarabangsa juga telah menangguhkan perjalanan ke Venezuela kerana bimbang keselamatan dan pertikaian terhadap hutang oleh kerajaan.

Tetapi syarikat penerbangan domestik, termasuk Laser Airlines dan Avior Airlines masih menawarkan perkhidmatan ke Miami.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan kepada rakyat Venezuela kerana kesannya akan menjejaskan penghantaran makanan dan lain-lain melalui pesawat kargo.

Venezuela kini mengalami krisis kemanusiaan.

Dalam satu surat kepada Jabatan Pengangkutan yang meminta penggantungan penerbangan, Jabatan Keselamatan Dalan Negeri berkata, keadaan di Venezuela mengancam keselamatan penumpang, pesawat dan anak kapal yang terbang ke atau dari negara tersebut.

Menerusi Twitter, Laser berkata, ia akan terus menawarkan dua penerbangan antara Miami dan Caracas setiap hari dengan tumpuan di Santo Domingo.

Copa Airlines, mengendalikan penerbangan antara Caracas dan hab antarabangsanya di Panama City yang membolehkan penumpang terus ke Amerika Syarikat, dalam e-mel berkata, operasinya tidak akan dipengaruhi oleh langkah itu. – MalaysiaGazette