Keadaan gerai di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang terbakar pada jam 1.30 pagi tadi. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 deretan kedai di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan kedai-kedai tersebut yang didirikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba di kawasan tersebut pada pukul 1.44 pagi selepas menerima panggilan pada pukul 1.35 pagi.

Serentak itu, Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dengan 48 anggota telah ke tempat kejadian.

MGF21052019_BAZAR MASJID INDIA TERBAKAR06
Sebuah gerai pakaian yang turut terjejas dalam kebakaran berlaku pada jam 1.30 pagi tadi di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2019

“Apabila sampai di lokasi kejadian pada jam 1.44 didapati kebakaran melibatkan gerai dianggarkan sebanyak 30 unit gerai yang terbakar.

“Kebakaran berkeluasan 2,000 kaki persegi dan kemusnahan gerai 100 peratus, kata, jurucakap bomba, L. Logeswaran.

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

Kerja-kerja pemadaman overhaul sedang dijalankan. Pasukan
Bomba sukarela turut terlibat dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi – MalaysiaGazette