Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini sejajar dengan mata wang serantau yang lemah, dengan ketidaktentuan yang berterusan berhubung konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, selain harga minyak yang kurang menggalakkan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit rendah kepada 4.1910/1940 berbanding dolar US daripada 4.1845/1875 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata pasaran akan bergelut antara peningkatan dan penurunan dengan pertikaian perdagangan AS-China.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 1.76 peratus kepada US$69.74 setong.

Sementara itu, ringgit, diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0326/0352 daripada 3.0355/0382 pada Selasa, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8076/8113 daripada 3.7879/7913.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2949/2995 daripada 5.3018/3072 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6663/6700 daripada 4.6728/6766. – MalaysiaGazette