KUALA LUMPUR -Pelakon dan usahawan Fizo Omar menafikan perkahwinannya dengan Mawar Karim dilanda masalah apabila pasangan itu dillihat tidak meraikan Aidilfitri bersama-sama.

Katanya, perancangan awal mereka adalah untuk bersama-sama pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu Kelantan namun hasrat tersebut terbantut setelah bapa Mawar jatuh sakit.

Justeru Mawar terpaksa beraya di Pulau Pinang bersama-sama keluargnya.

“Hubungan kami tiada masalah, malah semuanya berjalan seperti biasa. Cuma, perancangan kami untuk menyambut hari raya bersama tidak menjadi kenyataan disebabkan kejadian yang tidak diduga,” katanya.

Kaki bapa mentuanya terseliuh pada saat akhir mengubah rancangan mereka menhgakibatkan pasangan itu beraya berasingan.

“Kaki bapa mentua tiba-tiba terseliuh menyebabkan Mawar bimbang. Saya pula kebetulan sudah pulang ke Kota Bharu lebih awal, jadi mahu atau tidak, kami terpaksa menyambut 1 Syawal berasingan,” ujarnya yang mengaku rasa agak janggal kerana meraikan Syawal tanpa anak dan isteri.

Fizo dan Mawar yang mendirikan perkahwinan sejak 2013 dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia hampir dua tahun.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.