Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Tan Sri Ismee Ismail hadir pada perbicaraan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 JUN 2019.

KUALA LUMPUR – Saksi ke-39, Tan Sri Ismee Ismail mendakwa beliau tidak tahu tentang SRC kehilangan wang berjumlah RM2 bilion yang kemudian disalurkan ke dalam akuan Ambank dengan nombor akaun berakhir 736.

Ismee yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International mendakwa, pihaknya tidak tahu langsung wujudnya akuan Ambank tersebut, sekaligus tidak tahu transaksi yang dilakukan terhadap bank tersebut.

Bagaimanapun kata Ismee, pada masa sama syarikat itu mempunyai dua akuan bank antarabangsa iaitu di Hong Kong dan Switzerland yang mana wang dihantar ke kedua-dua bank tersebut.

Berikutan itu, peguam bela, Harvinderjit Singh mempersoalkan adakah beliau tahu bajawa wang sebanyak RM2 bilion itu sebenarnya telah disalurkan ke dalam akuan Ambank dengan nombor akaun berakhir 736 dan kemudian wang tersebut telah dikeluarkan.

Ismee berkta, beliau tidak pasti tentang perkara itu.

Harvinderjit turut menunjukan kepada Ismee dokumen yang mengandungi maklumat transaksi pemindahan wang ke dalam akaun Ambank yang dibuka pada awal Januari 2011.

Pada Ogos 2011, sebanyak RM15 juta juga telah dikeluarkan daripada akuan Ambank dengan nombor akaun berakhir 736 itu.

Harvindejit berpendapat wang tersebut mungkin daripada geran permulaan kerajaan sebanyak RM20 juta yang telah diberikan kerajaan untuk memulakan operasi syarikat itu.

Menurut Ismee, Nik Faisal memberitahu lembaga pengarah bahawa dana geran permulaan itu sebenarnya tidak langsung disentuh, sekali gus membuktikan bekas Ketua Eksekutif itu telah berbohong.

Dari riak wajah Ismee, saksi tersebut kelihatan terkejut dan terganggu sehingga ditegur oleh Harvinderjit.

“Saya dapat lihat anda sangat terganggu dari riak wajah kamu. Lihat sendiri entri bermula Ogos 2011 atas nama SRC International di mana RM2 bilion telah dikreditkan ke akaun ini melalui empat bahagian.

“Setiapnya, kredit sebanyak RM500 juta pada 29 Ogos 2011. Ini adalah sangat serius dalam satu hari RM2 bilion juga telah dikeluarkan,” kata Harvinderjit.

Ismee hanya mengangguk sahaja. – MalaysiaGazette