Vladimir Voronkov. foto Agensi

BEIJING – China dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mencapai “konsensus luas” mengenai kerja-kerja mengatasi keganasan an, Kementerian Luar Negeri China, selepas lawatan kontroversi oleh pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Xinjiang minggu ini.

Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain menentang lawatan PBB ke Xinjiang, yang mana pakar-pakar mengatakan hampir sejuta Uighur dan orang Islam lainnya ditahan di pusat-pusat tahanan di sana.

Para diplomat bersama-sama Amerika Syarikat beberapa negara lain, termasuk Britain, tidak puas hati dengan lawatan Vladimir Voronkov itu.

Beliau adalah bekas diplomat Rusia yang mengetuai Pejabat Anti-Keganasan PBB.

Kedua-duanya telah melakukan ‘pertukaran pandangan yang mendalam’ mengenai situasi keganasan antarabangsa dan kerjasama mengangani keganasan antara China dan PBB dan mencapai kesepakatan yang luas”, kata kementerian itu, tanpa memberikan butiran.

China dan dunia perlu bersatu untuk memerangi keganasan dan Beijing menyokong tugas-tugas PBB itu, kata kenyataan tersebut.

China telah dikecam di peringkat antarabangsa kerana menubuhkan kompleks tahanan, yang mana ia digambarkan sebagai “pusat latihan pendidikan” yang membantu menghalang pelampau dan memberi kemahiran baru kepada orang ramai.

Voronkov melawat Xinjiang sebelum ketua Hak Asasi Manusia U.N Michelle Bachelet, yang telah berulang kali memaksa China untuk memberikan akses kepada PBB menyiasat laporan kehilangan dan penangkapan sewenang-wenangnya, khususnya umat Islam di Xinjiang. – MalaysiaGazette