LONDON – Putera Harry dan isterinya menyambut Hari Bapa dengan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat kali pertama untuk tatapan umum di Instagram.

Pasangan diraja itu memuat naik sekeping foto Archie Harrison Mountbatte-Windsor sedang memegang jari bapanya menerusi akaun rasmi @sussexroyal pada Ahad.

Archie yang dilahirkan pada 6 Mei lalu diperkenalkan kepada umum dua hari kemudian di St George’s Hall, Windsor Castle.

Semasa sambutan Hari Ibu pada 12 Mei lalu, pasangan diraja itu hanya memuat naik foto kaki bayi mereka sahaja.- Agensi