Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, ACP Wan Rukman Wan Hassan berkata suspek berusia 65 tahun yang merupakan seorang pemandu lori ditahan di lebuhraya Gopeng, Perak, kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

ALOR SETAR – Polis akan menjalankan siasatan secara profesional berhubung kes seorang anggota polis trafik yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di bahagian lengan kiri dalam kejadian di Jalan Lencong Timur di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan secara profesional, telus dan adil itu bagi memastikan tiada pihak yang teraniaya dalam kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku apabila dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas telah melanggar lampu isyarat di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah sebelum dikejar oleh anggota polis berkenaan yang berada di kawasan tersebut.

“Dua lelaki terbabit enggan memberhentikan motosikal dan terus menunggang secara berbahaya termasuk melanggar beberapa lagi lampu isyarat selain menghimpit motosikal yang dinaiki anggota polis dalam cubaan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan tujuan untuk memberhentikan motosikal tersebut, anggota polis berkenaan telah melepaskan satu tembakan yang disasarkan di bahagian tayar belakang motosikal yang dinaiki mereka.

“Tindakan tersebut diambil memandangkan tindakan dua lelaki berkenaan yang mencurigakan selepas tidak mahu memberhentikan motosikal selain boleh mendatangkan bahaya kepada anggota polis dan orang awam.

“Selepas motosikal tersebut berhenti dan pemeriksaan dijalankan, anggota polis berkenaan mendapati tembakan tersebut telah mengenai lengan kiri pembonceng motosikal,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa Mohd Alif Anuar, 21, yang membonceng motosikal ditunggang rakannya Zulhilmi Azri, 22, sedang dalam perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke tempat kerja mereka di Alor Mengkudu, di sini.

Rakan mangsa mendakwa mangsa telah ditembak oleh anggota polis trafik yang cuba memberhentikan motosikal dinaiki mereka yang sebelum itu melanggar lampu isyarat merah di jalan tersebut. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.