Amirali Hajizadeh. foto Agensi

GENEVA – Amerika Syarikat tidak berani untuk melakukan keganasan di bumi Iran, kata tentera revolusi Iran.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat semakin meningkat selepas Tehran menembak jatuh dron milik tentera Washington.

Iran mendakwa dron itu sudah memasuki ruang udaranya tetapi dinafikan oleh Amerika Syarikat.

Hari ini, Presiden Donald Trump mengancam untuk memusnahkan sebahagian daripada Iran jika ia menyerang “apa-apa milik Amerika”, tetapi kemudian membuka pintu untuk rundingan.

“Sama ada Amerika Syarikat atau mana-mana negara tidak berani untuk menyerang tanah Iran,” kata Brigadier Jeneral Amirali Hajizadeh, yang dipetik berkata kepada agensi berita Mehr.

Kemusnahan dron Amerika Syarikat adalah satu mesej kepada negara-negara lain di rantau ini supaya bergantung kepada kebolehan negara mereka sendiri,” kata Alaeddin Boroujerdi, anggota Suruhanjaya Keselamatan dan Asing Dasar Negara di Parlimen Iran .

Amirali berkata, dron yang dibedil Tehran adalah peluru berpandu yang dibangunkan oleh negaranya. – MalaysiaGazette