TOKYO – Minyak jatuh pada hari Selasa di tengah kebimbangan mengenai prospek permintaan selepas tanda-tanda terbaru bahawa pertikaian perdagangan antarabangsa telah mengheret ekonomi global, walaupun ketegangan di Timur Tengah menawarkan beberapa sokongan kepada harga.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.21 atau 0.3 peratus kepada AS$ 63.90 setong pada 0022 GMT. Penanda aras minyak global ini susut AS$0.12 semalam.

Manakalan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate jatuh AS$0.20 sen kepada $ 57.46 setong, selepas meningkat AS$0.15 pada sesi sebelumnya.

Harga minyak sedang ditekan oleh kebimbangan berterusan susulan perang perdagangan Amerika Syarikat-China yang menuju ke tahun kedua, telah menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi global. – MalaysiaGazette