Hossein Nejat. foto Agensi

DUBAI – Pangkalan dan pesawat tentera serantau Amerika Syarikat di Teluk berada dalam radar peluru berpandu Iran, kata seorang komander Pengawal Revolusi Elit negara itu.

“Pangkalan Amerika Syarikat berada dalam lingkungan peluru berpandu kami … Peluru berpandu kami akan memusnahkan pesawat-pesawat miliknya jika mereka membuat kesilapan,” kata Brigedier  Jeneral, Mohammad Hossein Nejat.

Tambahnya, Amerika Syarikat sebenarnya sangat menyedari akan kesan konfrontasi ketenteraan dengan Iran.

Ketegangan hubungan Washington dan Tehran semakin meningkat dengan ketara sejak beberapa minggu kebelakangan ini, selepas setahun Amerika Syarikat menarik balik perjanjian nuklear 2015 antara Iran dan dunia.

Penarikan semula perjanjian itu bagi menaangani program nuklear Iran selepas menarik sekatan kewangan antarabangsa. – MalaysiaGazette