Datuk Seri Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Hasil analisis terhadap video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri oleh CyberSEcurity Malaysia (CyberSecurity) mengesahkan bahawa kebarangkalian video terbabit tulen adalah tinggi.

Namun Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pengecaman wajah individu dalam video tersebut adalah negatif.

Berikutan itu, katanya, pihaknya tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan.

Pada 12 Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa individu dalam video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan itu adalah beliau dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama […] dalam video yang telah viral semalam.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) […] di Hotel Four Points,” kata Haziq  melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosiali.

Abdul Hamid berkata, hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati video itu dihasilkan oleh pihak yang diupah ratusan ribu ringgit.

“Wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik yang bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

“Video disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

SKMM sahkan video seks tulen bukan pelakunya

Haziq mengaku dirinya dalam video tular