Gambar hiasan. Foto Reuters

NEW YORK – Harga minyak mentah dunia jatuh hampir 4% kepada paras dua minggu rendah berikutan ketegangan dalam perang perdagangan Amerika Syarikat dan China semakin membimbangkan akan mendorong penurunan permintaan minyak global.

Paras minyak mentah jatuh selepas China memaklumkan akan mengena tarif sebanyak 5% ke atas minyak Amerika Syarikat buat kali pertama mulai 1 September ini.

Presiden Donald Trump yang kemudian membuat kenyataan balas dengan menaikkan tarif hingga 25% dinaikkan kepada 30% bagi barangan China mulai 1 Oktober.

Tarif bagi produk bernilai AS$30 bilion sepatutnya dilaksanakan pada 1 September turut dinaikkan kepada 15% berbanding 10%.

Perang perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi ini telah berlarutan lebih setahun dan menyebabkan pasaran kewangan teruk.

Walaupun perunding perdagangan China dan Amerika Syarikat telah mengadakan perbincangan baru-baru ini pada minggu ini, tiada kelihatan kedua-dua bersedia untuk berkompromi, malah tidak ada tanda-tanda gencatan senjata dalam tempoh terdekat.

West Texas Intermediate (WTI) susut 3.8 peratus kepada AS$53.24 setong, kedudukan paling rendah sejak 9 Ogos sebelum sesi berakhir pada AS$54.17.

Peningkatan perang perdagangan ini memberi tekanan kepada minyak mentah Amerika Syarikat berbanding penanda aras Brent,” kata sumber-sumber pasaran.

Eksport minyak mentah Amerika Syarikat ke Asia pada bulan Ogos menunjukkan aliran lemah sekitar 892,000, susut sebanyak 360,000 berbanding pasaran lalu, menurut firma perisikan pasaran, Kpler.

Penurunan itu dipacu oleh kejatuhan penghantaran ke Korea Selatan dan Chin sebanyak 114,000 dan 52,000 tong sehari dalam bulan Ogos, menurut data jejak kapal. – MalaysiaGazette