Tapak pembinaan yang disyaki mempunyai kes positif Covid-19 akan diarah tutup dari beroperasi oleh Kementerian Kerja Raya.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh lagi tapak pembinaan yang didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan diberikan amaran oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Selain itu, dua tapak pembinaan diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP.

Ini menjadikan jumlah tapak pembinaan yang tidak mematuhi SOP adalah 295, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Semalam (4 Jun 2020), telah membuat pemeriksaan di 191 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 193 penguatkuasa.

“Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 101 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini, jumlah tapak pembinaan yang telah diperiksa oleh CIDB adalah 6,750.

Daripada jumlah kumulatif ini, sebanyak 1,312 tapak pembinaan mematuhi SOP manakala 295 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran. – MalaysiaGazette