KUALA LUMPUR – Pengurusan Masjid Negara hari ini membuat permohonan maaf terhadap seorang lelaki susulan video tular apabila dia diminta memakai tudung ketika memasuki masjid.

Menerusi hantaran di Facebook, pengurusan Masjid Negara memaklumkan, video tersebut telah diulang siar di laman soial dan dengan menunjukkan aksi individu berkenaan.

“Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan pengawal keselamatan wanita tersebut.

“Untuk makluman, pengawal keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan.

“Pengawal keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas,” katanya.

Dalam pada itu, pengurusan Masjid Negara berkata, pengunjung boleh mengemukakan aduan terhadap mana-mana tindakan pengawal keselamatan melalui kod imbas bersama-sama butiran Pengawal Keselamatan di meja pos masing-masing bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Pihak Pengurusan Masjid Negara sekali lagi memohon maaf kepada individu-individu yang terlibat dan orang awam yang turut terkesan berkaitan video terbabit.

“Masjid Negara juga akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang bagi menjamin reputasi dan imej institusi masjid kekal terpelihara,” tambahnya. – MalaysiaGazette