Miley Cyrus dan pasangannya, Liam Hemsworth. foto Agensi

TENNESSEE – Bintang pop Amerika Syarikat, Miley Cyrus mengesahkan telah berkahwin dengan pelakon Australia, Liam Hemsworth.

Majlis perkahwinan mereka dikatakan berlangsung pada Ahad lalu dan Cyrus telah berkongsi beberapa gambar hari bahagiannya di laman media sosial.

Cyrus dan Hemsworth kali pertama bertemu di set penggambaran filem The Last Song.

Majlis perkahwinan itu hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat sahaja.

Cyrus yang kehilangan kediaman selepas California dilanda kebakaran besar-besaran pada November lalu mengadakan majlis itu di Franklin.

Pasangan itu pernah bertunang pada tahun 2012 tetapi berpisah setahun kemudian.

Mereka kemudian kelihatan bersama pada tahun 2015 dan tidak lama kemudian mengumumkan pertunangan. – MalaysiaGazette