Ketua Pengarah Eksekutif (Peruncitan) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Joyce Yap (empat dari kiri) kenyataan selepas majlis pelancaran tarikh pembukaan Pavilion Damansara Heights semalam.

KUALA LUMPUR – ‘Permata’ terbaharu di dalam arena pembangunan integrasi Malaysia, Pavilion Damansara Heights Mall bersedia menyambut pengunjung pada Mei 2023.

Dengan lebih 70 peratus ruang niaga pusat beli-belah yang telah diberi komitmen oleh bakal penyewa.

Barisan penyewa pula terdiri daripada restoran-restoran tersohor, jenama fesyen mewah dan juga jenama terkenal yang lain.

Terletak di kejiranan Bukit Damansara, Pavilion Damansara Heights Mall mempunyai luas lebih sejuta kaki persegi akan menawarkan pelbagai pengalaman mengasyikkan.

Pusat beli-belah enam tingkat itu bakal menjadi destinasi mesra pelanggan untuk pelbagai perkara seperti restoran, membeli-belah, hiburan dan riadah.

“Pembukaan semula sempadan dan kedatangan semula pelancong asing ke Malaysia adalah berita baik buat Pavilion Damansara Heights mall dan penyewa- penyewa kami yang dalam persiapan untuk pelancaran kami pada Mei 2023,” kata Ketua Pengarah Eksekutif (Peruncitan) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Joyce Yap dalam satu kenyataan selepas majlis pelancaran tarikh pembukaan Pavilion Damansara Heights di sini semalam.

Menurutnya, ia terdiri daripada 380 kedai dan ini akan membantu kami memenuhi pelbagai keperluan, dari segi keperluan asas sehingga ke keinginan mewah.

Jumlah penyewa dianggarkan akan meningkat dari sekarang hinggalah ke pelancaran pusat membeli-belah pada Mei 2023 apabila pihak pengurusan yakin bahawa lokasi dan konsep pembangunan Pavilion Damansara Heights Mall akan menarik lebih ramai pelabur dan jenama untuk datang selepas Malaysia mula pulih selepas pandemik.

Ini adalah bayangan komitmen Pavilion Damansara Heights Mall sebagai destinasi berasaskan data maklumat untuk membuat keputusan yang lebih baik bagi penyewa dan pihak berkepentingan untuk mempertahankan daya kompetitif, meningkatkan nilai hartanah dan memberi kemudahan untuk kejiranan sekeliling sambil membuka 4,000 peluang pekerjaan dan pelbagai lagi kesan berganda ekonomi yang lain.

“Kami akan meneruskan usaha untuk menambah baik pendekatan kami sambil mengambil kira aliran pasaran supaya pusat membeli-belah ini akan sentiasa menjadi lokasi yang wajib dikunjungi untuk pelancong luar dan dalam negeri apabila ia dibuka,” kata Yap. – MalaysiaGazette