Saturday, April 27, 2024
Home Tag 39B akta dadah merbahaya

Tag: 39B akta dadah merbahaya

Ketua Polis Selangor Hadir Pelupusan Barang Kes Dadah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan dadah yang akan dilupuskan dengan nilai hampir RM42.26 juta ketika sidang media pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor 2023 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2023.

PDRM Serbu Makmal Haram, Rampas Dadah Bernilai RM6.38juta

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, A. A Anbalagan menunjukkan alatan pembuatan pelbagai jenis dadah dalam kejayaan pasukan polis bahagian siasatan jenayah narkotik menyerbu makmal dadah haram disyaki serbuk MDMA dengan anggaran rampasan bernilai RM 6.38 juta di sebuah kawasan kilang SME di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. Foto MOHD ADZLAN, 02 FEBRUARI 2023.

Sindiket Pengedaran Dadah Seberat 696kg Berjaya Ditumpaskan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan pelbagai jenis dadah selepas berjaya menumpaskan sidiket penyeludupan dan pengedaran di Selangor dan Kedah ketika sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2022.

PDRM Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Bernilai RM1.4juta

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Ahmad Jefferi Abdullah menunjukkan dadah yang dirampas polis selepas kejayaan dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 30 MEI 2022.

Yasin Sulaiman di Mahkamah Petaling Jaya

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar anggota polis selepas dituduh atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

Polis KL Rampas Ganja Mampat Seberat 242kg

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Yahaya Othman menunjukkan dadah dan barangan membuat dadah yang dirampas selepas kejayaan polis dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 18 FEBRUARI 2022.