Tag: adap
Apabila pendidikan gagal memanusiakan manusia
Guru yang suatu ketika dahulu disanjung kini sering diperlekeh dan diserang apabila menjalankan tanggungjawab mendidik disiplin. Ibu bapa menuntut hak tanpa memahami makna tanggungjawab, manakala masyarakat hilang hormat terhadap autoriti moral pendidikan. Keadaan ini menandakan bahawa pendidikan telah kehilangan wibawa untuk membentuk jiwa dan membina peradaban.
Adab dahulu, baru ilmu
Jika ilmu adalah cahaya, maka adab adalah pelitanya tanpanya, cahaya itu tidak akan menyinar dengan sempurna.
Ilmu tanpa adab bagaikan akal dikuasai emosi
Sekali lagi adab itu adalah tunjang kepada pengajar dan pelajar dalam mencari ilmu. Sebagaimana kuatnya semangat ulama terdahulu belajar ilmu adab sehingga berpuluh tahun lamanya adalah kerana mahukan ilmu yang dicari itu berkat dan boleh dimanfaatkan.










