Thursday, August 20, 2026
Home Tag Akta

Tag: akta

Akta vaksin harus digubal demi kepentingan rakyat dan negara

Pihak berwajib haruslah mengambil peluang melalui Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini bagi mengawal pandemik Covid-19.

ERC sambut baik wujud akta tertentu tangguh pilihan raya

ERC berpandangan sudah tiba masa untuk satu semakan menyeluruh dibuat berhubung undang-undang sedia ada bagi membolehkan pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum ditangguhkan semasa krisis termasuklah ketika krisis kesihatan, huru-hara dan bencana alam atau ketika keadaan yang membahayakan keselamatan negara.

Akta Perangkaan 1965 disemak perkasa fungsi DOSM

Kabinet juga, menurut Mustapa telah bersetuju untuk memberikan peranan yang lebih besar kepada DOSM sebagai sebuah agensi pusat dalam penyelarasan sistem statistik negara.

Bendung pencemaran air dengan Akta 655

Kerajaan boleh membendung pencemaran sumber air menggunakan Akta Industri Perkhidatan Air 2006 (Akta 655) Seksyen 121 (1)(c) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kaji semula Akta Rumah Judi Terbuka – Mohd Imran

Permintaan tersebut dilakukan kerana modus operandi sendiket judi sudah berubah dan akta terbabit cuma tertumpu kepada judi tradisional dan tidak termasuk judi dalam talian.

Pindaan Akta FINAS dibincang, perkasa industri kreatif negara – Saifudin

Perbincangan itu bersetuju dengan dua perkara utama, iaitu yang pertama aliran kerja proses pemindaan yang melibatkan penentuan dasar, libat urus dengan para pemegang taruh antaranya kerajaan, industri, masyarakat sivil, akademik dan ahli Parlimen, serta perbandingan dengan undang-undang berkaitan di negara-negara lain.

Wujud akta khusus kawal perlakuan anti-sosial dalam kalangan remaja

Kejadian yang menimpa mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di  Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017 yang lalu tidak boleh dilupakan dalam sejarah negara kita, oleh itu adalah penting supaya satu tindakan proaktif diambil bagi memastikan golongan remaja dalam negara kita tidak melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat.

Akta Orang Asli sudah tidak relevan, perlu dirombak

Langkah tersebut perlu kerana kali terakhir akta berkenaan dipinda adalah pada tahun 1967 dan dikaji semula sekali lagi pada 1974 iaitu 46 tahun lalu.

Akta melibatkan muflis akan dipinda – Takiyuddin

Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 bagi membantu rakyat yang muflis khususnya dalam kalangan anak muda yang menunjukkan trend membimbangkan.

Lesen Perfileman FINAS: Ini Penjelasan Saifuddin

Kerajaan PN tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial, iaitu fenomena yang tidak wujud ketika Akta ini digubal.