Thursday, August 20, 2026
Home Tag Be Like Water

Tag: Be Like Water

Siti Nurhaliza lancar single Mandarin pertama ‘Be Like Water’

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila merakamkan lagu penuh berbahasa Mandarin pertama dalam kerjayanya menerusi single **Be Like Water** bersama penyanyi dan pencipta lagu Firdhaus. Lagu yang membawa mesej kasih sayang, harapan dan keprihatinan itu diangkat sebagai lagu tema rasmi CSR CUCKOO Malaysia. Siti mengakui beliau mengambil masa untuk menghafal lirik dan masih mempelajari bahasa Mandarin bagi memastikan sebutan yang tepat, selain menghargai bimbingan Firdhaus sepanjang proses rakaman. Lagu tersebut kini boleh distrim di pelbagai platform digital selepas dipersembahkan buat pertama kali pada pelancaran rasmi projek CSR CUCKOO Malaysia.