Tuesday, August 25, 2026
Home Tag Cuti Hujung Minggu

Tag: Cuti Hujung Minggu

Kanak-Kanak Riang Bermain Air Hujan

Gelagat sekumpulan kanak-kanak riang bermain air hujan yang bertakung, bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat melanda di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekitar Selangor. Foto MUHD NA’IM, 08 JULAI 2023.

Berbuka Puasa di Dataran Merdeka

Warga kota mengambil kesempatan berbuka puasa bersama ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan sempena hari cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2023.

Cuti Hujung Minggu – Ladang Farm Fresh UPM

Orang awam tidak melepaskan peluang bersiar-siar bersama ahli keluarga pada hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ladang Farm Fresh UPM, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 26 JUN 2022.

Meriahnya Pantai Teluk Kemang #FasaEmpat

Suasana di persekitaran pantai pada hujung minggu ketika tinjauan Malaysia Gazette dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara di Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AMIRUL SHAUFIQ 17 OKTOBER 2021

Pantai Remis Meriah Ketika Cuti Hujung Minggu #FasaDua

Orang ramai meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Remis, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.

Taman Tasik Jepun Curi Tumpuan Pengunjung Pada Cuti Hujung Minggu

Taman Persahabatan Selangor - Jepun telah menjadi satu tempat tarikan baru orang ramai untuk beriadah sambil merasai suasana persekitaran Jepun berikutan pembinaan taman ini sebagai tanda penghargaan kepada negara Jepun yang sekian lama menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 MAC 2021.

Riadah Bersama Keluarga Ketika Cuaca Panas #PKPB

Seorang kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermandi manda berikutan cuaca panas melanda negara ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Ulu Yam, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 MAC 2021.