Tag: DAILY LIFE
Kuala Lumpur Berjerebu Semula?
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang terjejas akibat jerebu mula melanda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2022.
Tribute Untuk Ratu Elizabeth II
Pameran patung lilin Ratu Elizabeth II dipamerkan dan diberikan tribute ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan kemangkatan monarki paling lama memerintah Britain, Ratu Elizabeth II awal pagi tadi pada usia 96 tahun di I-City Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 09 SEPTEMBER 2022.
Mencantikkan Kubah Masjid #DailyLife
Pekerja melakukan kerja-kerja mengecat dan mencantikkan kubah masjid ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Masjid Dengkil, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 SEPTEMBER 2022.
Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2022
Kerja-kerja pemasangan khemah, kerusi pentas, layar gergasi, pemasangan kerusi teres bertingkat dan kerja-kerja membaik pulih persekitaran Dataran Merdeka giat dijalankan mengikut jadual bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 20 OGOS 2022.
Nelayan Kg Pasir Gudang Baru Semarakkan Semangat MERDEKA #TeguhBersama
Para nelayan sibuk memasang Jalur Gemilang di bot dan sekitar jeti sempena Bulan Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini buat kali ke-65 dengan bertemakan #KeluargaMalaysia Teguh Bersama ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeti Agrotourism Kampung Pasir Gudang Baru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 20 OGOS 2022.
Pencinta Aktiviti Lasak di ‘Outdoor Expo Malaysia’ #DailyLife
Seorang kanak yang terjatuh ketika berlumba basikal tolak pada Outdoor Expo Malaysia yang berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Kelana Jaya, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 OGOS 2022.
Rezeki – Usaha Lelaki Tua #DailyLife
Kudrat dan usaha seorang lelaki tua yang mengerah tenaganya menolak basikal untuk mencari rezeki dengan mengutip kotak dan besi terbuang untuk dijual di tempat kitar semula demi kelangsungan hidup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2022.
Laluan Pejalan Kaki ‘Penuh Barang’ Sukarkan Orang Buta
Orang awam membantu Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan untuk berjalan selepas laluan 'guidance block' pada trek pejalan kaki dihalang segelintir peniaga yang mendirikan gerai sekaligus menyukarkan orang buta untuk melaluinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 OGOS 2022.
Festival Nihon Matsuri Tonjol Budaya dan Citarasa Jepun
Kelihatan pengunjung meninggalkan mesej khas dan ucapan yang ditulis pada Festival Nihon Matsuri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 01 OGOS 2022.
Kudrat Tolak Jentera Membajak Sawah #DailyLife
Pengusaha sawah padi membajak kawasan sawah bagi memulih keadaan tanah sebagai persiapan sebelum benih padi ditabur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JULAI 2022.
















