Thursday, August 20, 2026
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

Kaki Palsu OKU #DailyLife

Kekurangan fizikal tidak menghalang seorang lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) menunaikan ibadah solat secara berjemaah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah sebuah surau di Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 DISEMBER 2022.

KualaLumpur2022 #DailyLife

Pekerja kontrak melakukan kerja hariannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 NOVEMBER 2022.

Poster Tinggi Anwar #PRU15 #DailyLife

Poster gergasi calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di laluan Gugusan Manjoi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perak. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2022.

Orang Asli Suku Semai, Rosnorlina Bah Ali #DailyLife

Pengundi masyarakat Orang Asli Rosnorlina Bah Ali, 33, bersama anaknya Jervinliy Ramli, 9 bulan merupakan suku kaum Semai yang tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Sungai Lah, Chenderiang, Tapah, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2022.

‘Flashmob’ Jentera PN #DailyLife #PRU15

Jentera Perikatan Nasional melakukan flashmob bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Esplanade Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.

Perang Bendera BN-PN-PH #PRU15

Perang bendera antara parti yang bertanding kian hangat apabila kibarannya mula menghiasi di sekitar jalan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Gugusan Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 07 NOVEMBER 2022.

LENSA MG | Uniknya PEKAN SEHARI TEMERLOH

Ikan sungai yang segar antara yang dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

Inisiatif Keluarga Malaysia #DailyLife

Penduduk membaca risalah Inisiatif Keluarga Malaysia yang diedarkan sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kemayan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

Kempen Kesedaran ‘Breast Cancer’ #DailyLife

Replika Reben Merah Jambu yang diletakkan khas sempena kempen kesedaran barah payudara (Breast Cancer Awareness Month Campaign) sepanjang bulan Oktober ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar River of Life, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2022.

Pameran Program ‘Townhall Discussion’ Polis Selangor

Anggota polis memberikan penerangan kepada murid sekolah berkenaan senjata semasa lawatan pameran Program 'Townhall Discussion' 2022 Polis Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 SEPTEMBER 2022.