PASIR GUDANG – Video sebuah lori dicuri dan dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus di sekitar daerah ini tular dalam media sosial.
Beberapa rakaman video berkenaan memaparkan lori berwarna hijau itu dipandu secara agresif sehingga membahayakan pengguna jalan raya.
Berdasarkan maklumat yang tular, lori terbabit dipercayai dikesan bergerak di beberapa lokasi sebelum dipandu melawan arus dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.
Keadaan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang berdepan risiko kemalangan sekiranya terserempak dengan kenderaan berkenaan.
Difahamkan, pemandu lori tersebut berjaya ditahan polis selepas beberapa jam dikejar.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam memaklumkan pihaknya sedang membuat semakan kes tersebut.- MalaysiaGazette.
















