Tag: datuk seri ismail sabri yaakob
Perdana Menteri Hadir Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meluangkan masa melawat tapak gerai jualan pada Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia 2021 & Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam KPKT di Tapak Pasar Malam Presint 2, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 03 DISEMBER 2021.
Ismail Sabri Hadir Program OKU Sentral “Kau & Aku”
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat hasil seni lukisan semasa hadir ke Program OKU Sentral bertema "Kau&Aku" Sempena Hari OKU Sedunia di Damansara Performing Arts Center, Empire Damansara, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 DISEMBER 2021.
Perdana Menteri Lancar Program Jualan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran Program Jualan Keluarga Malaysia di Dataran Perpustakaan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 DISEMBER 2021.
Wan Saiful gesa kerajaan teruskan bantuan cash transfer ringankan beban rakyat
Kerajaan mesti bertindak tegas untuk menangani kenaikan harga barang. Ia tidak boleh dibiarkan kerana kesannya adalah kepada rakyat terbanyak.
Ismail Sabri Rasmi Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengadakan lawatan ke bilik kawalan selepas Majlis Perasmian Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 DISEMBER 2021.
Perdana Menteri Turun Padang Tinjau Harga Barang Keperluan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat harga ayam yang meningkat naik semasa membuat lawatan di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya, Presint 9, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 DECEMBER 2021
Mini Dokumentari MG “Dari ICU ke Liang Lahad” Menang Berita Video...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan trofi dan replika cek wang tunai kepada pemenang dalam kategori Berita Video Terbaik, Norlaile Osman pada Malam Wartawan Malaysia 2021 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2021.
Perdana Menteri Sempurnakan Puncak Menara Merdeka 118
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan gimik pelancaran diiringi Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria (kiri) pada Majlis Penyempurnaan Pemasangan Puncak Menara Merdeka 118 di Merdeka 118 Tower Site, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 NOVEMBER 2021.
Perdana Menteri Lancar Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Sadique (kanan) menunjukkan buku Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan Kami @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 28 NOVEMBER 2021.
Perdana Menteri Hadir Majlis Anugerah Perdagangan Dalam Negeri 2020
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) menyampaikan trofi anugerah kepada Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin (kanan) pada Majlis Anugerah Perdagangan Dalam Negeri 2020 (APDN 2020) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 23 NOVEMBER 2021.

















