Wednesday, August 19, 2026
Home Tag Datuk seri mohamad hasan

Tag: datuk seri mohamad hasan

Tok Mat dan Isteri Selesai Membuang Undi #PRN15

Calon Barisan Nasional (BN) N. 27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin membuang undi pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2023.

Tok Mat Kembali Berkempen di Rantau #PRN15

Gelagat calon Barisan Nasional (BN) N. 27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan seorang penduduk berkerusi roda pada Majlis Pemimpin bersama Masyarakat sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) selepas bercuti tiga hari akibat dijangkiti influenza di Dewan Terbuka Bola Keranjang Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2023.

Gelagat Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mencuba sumpit ketika melawat ke ruang pameran pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’M, 24 JUN 2023.

DAP minta maaf kepada UMNO cadangan yang baik – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyambut baik cadangan Pemuda UMNO supaya DAP memohon maaf terhadap tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti itu.

Blueprint tanpa tindakan hanya halusinasi – Hasni

Status itu sebagai respon kepada tangkap layar laporan media berjudul “UMNO perlu ada solusi, pelan tindakan jika mahu kekal relevan - Tok Mat” yang merujuk kepada ucapan Mohamad merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023), semalam.

Perasmian Pergerakan Sayap-Sayap UMNO #PAU2023

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO mengibar bendera UMNO pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Wanjta, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2023.

Menteri Pertahanan Sambut Aidilfitri Bersama Veteran ATM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama sebahagian veteran pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran Angakatan Tentera Malaysia di Rantau, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 13 MEI 2023.

Zahid, Tok Mad Hadir Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu yang hadir sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar-Rahman Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 11 MEI 2023.

Tok Mat Rai Majlis Aidilfitri Dengan Warga Kementerian Pertahanan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama anggota tentera pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2023 di Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 MEI 2023.

50 Ambulans Domestik Baharu Untuk ATM

Antara beberapa buah Ambulans Domestik Beserta Peralatan Perubatan Jenis B yang dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Padang Kawad, Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2023.