Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyambut baik cadangan Pemuda UMNO supaya DAP memohon maaf terhadap tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti itu.

Berbeza pandangan dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid, beliau berkata sebagai parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan, DAP perlu bersikap berbesar hati untuk meminta maaf.

“Tiada apa masalah (tuntutan maaf Pemuda). Cadangan baik bagi saya kalau DAP berbesar hati, bermurah hati untuk meminta maaf.

“Kalau boleh, Alhamdulillah lagi bagus kerana kita bekerjasama dalam satu kerajaan dan kita mesti berbesar hati untuk melakukan apa yang baik untuk masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, di Menara Dato Onn di sini malam ini.

Mohamad pada masa sama juga berkata, DAP terbuka hati untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Artikel berkaitan:

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, DAP perlu meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.

Katanya, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP.

“Saya mohon kepimpinan DAP kalau nak menempuh pilihan raya yang akan datang ini mahu hati orang UMNO ini lembut maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan yang telah diberikan kepada UMNO selama ini mesti dilakukan segera.

“Inilah cara kita. Kita tak ada selindung lagi, kita kena jujur apa yang kita junjung.

“Inilah luahan hati daripada akar umbi. Kita tak nak cakap benda yang baik sahaja, kena cakap apakah realiti yang berlaku di bawah ini supaya kita dapat selesaikan perkara pokok ini,” kata Akmal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. kalau dia minta maaf, boleh ke dia gugurkan perjuangan Malaysian Malaysia…
    kalau umno nak menang besar, ahli umno nk presiden undur cara baik. tk yah merayu undi DAP. tak akan dpt punya..

  2. Mat Hasan sokong Pemuda UMNO PAKSA DAP minta maaf. ZAHID HAMIDI dah diasak hingga kerusuk sudut. tunggu akarumbi sahaja menunjukkan ISYARAT PAKSA tidak mengundi DAPUMNO di PRN 6 NEGERI kelak. berjaya akarumbi maka berjaya menukar KETUA yang kelaut itu selepas ini.. lakukan jika akarumbi percaya.
    sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.