Tag: didenda
Choii didenda RM3,000 mengaku bersalah memandu secara gopoh
Mengikut pertuduhan lelaki yang sudah berumahtangga itu didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran RY 7747 secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain.
Gagal dapatkan kelulusan EIA, kilang kitar semula didenda RM20,000
Kilang berkenaan didapati telah membina loji kitar semula untuk kotak kertas terpakai tanpa mendapatkan kelulusan EIA, melanggar Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
BNM denda Maybank, CIMB kemenangan mutlak kepada rakyat – Ka Siong
Ini adalah pemulaan yang baik bagi BNM sebagai badan kawal selia institusi kewangan di Malaysia. - Datuk Seri Wee Ka Siong.
Lima pemilik, seorang penjaga premis guna ‘lesen ali baba’ didenda
Semalam, keenam-enam tertuduh telah ditahan dalam operasi khas iaitu Op Star dijalankan SPRM Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL.
Mat rempit langgar polis dihukum penjara tiga hari, denda RM7,000
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama, manakala penjara tiga hari bermula tarikh tangkap iaitu 30 Mac dan denda RM5,000 bagi pertuduhan kedua.
Bekas pekerja nasi kandar didenda RM20,000
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
Pemandu Lexus dijel, lesen memandu digantung
Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Nor Hafiz Mohd Wazir mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman maksimum kerana telah membahayakan pengguna jalan raya.
Pengurus syarikat alih data sulit didenda RM21,000
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, wanita itu didakwa telah melakukan capaian tanpa kuasa terhadap data sulit milik sebuah syarikat dengan menyalin atau mengalihkan data tersebut kepada e-mel persendirian tertuduh untuk mendapatkan data tanpa kebenaran daripada pemilik syarikat terbabit.
Dua beranak jual TV tidak diperakui didenda RM14,000
Tay Wee Hwa, 60 tahun dan anak lelakinya, Tay Eng Guan, 30 tahun dijatuhkan hukuman denda RM14000 oleh Mahkamah Sesyen Kluang hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menjual kotak TV Android yang tidak diperakui, dua tahun lalu.
Pengusaha stesen minyak benar kenderaan asing isi petrol didenda RM40,000
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh membenarkan kereta jenis pendaftaran asing itu membuat pengisian petrol bersubsidi RON95 sebanyaj 54 liter bernilai RM113 pada pukul 10.40 minit pagi 13 Mei 2019.

















