Thursday, August 20, 2026
Home Tag HARI RAYA AIDILFITRI

Tag: HARI RAYA AIDILFITRI

Rahsia Pelita Kekabu Zaman Dahulu #RayaAidilfitri2024

Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.

Pelepasan Banduan Secara Lesen Sempena #RayaAidilfitri2024

Banduan Prospek, Azmi (bukan nama sebenar) memegang erat tangan anak dan isterinya berjalan pulang selepas Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Penjara Kajang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2024.

Capal Buatan Tangan Permintaan Tinggi #RayaAidilfitri2024

Pemilik Capal Cap Kancil Emas, Abdul Wahab Syamaruddin menyiapkan tempahan capal pelanggannya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Kumpur. Foto SYADILA AMARI, 02 APRIL 2024.

Menteri Pengangkutan Tinjau TBS #RayaAidilfitri2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke beramah mesra bersama penumpang semasa melakukan lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2024.

Ciptaan Sendiri ‘Mesin Lemang Automatik’ #Raya2024

Pemilik Lemang Lebaran, Abdullah Sani memantau pembakaran lemang menggunakan inovasi mesin pemusing lemang ketika tinjauan Malaysia Gazette di Gerai Lemang Lebaran Kampung Jawa, Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 02 APRIL 2024.

Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional di Kompleks Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 MEI 2023.

Cuti Umum Hari Buruh 2023

Orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam menaiki bas pada cuti umum hari buruh 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 01 MEI 2023.

“Membazir Amalan Syaitan, Tetapi Bila Bakar Mercun…”

Telah berbuih budayawan Melayu dan agamawan Islam menegur perbuatan membakar mercun dan bunga api, namun dengan penarikan balik pengharaman, kritikan hanya akan menghabiskan air liur.

Hari Kedua Syawal #DailyLife

Che Mazlan Daud (kiri) bersama isterinya, Sharifah Nor Jumiza (dua kanan) berswafoto dengan anak-anaknya semasa berpakaian baju melayu dan baju kurung sempena hari kedua perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 23 APRIL 2023.

Pelajar Antarabangsa UIAM Raikan Aidilfitri

Pelajar antarabangsa UIAM berpelukan bersama rakan-rakan mereka selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Kampus Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.