Friday, April 26, 2024
Home Tag Johari

Tag: Johari

Arul Kanda bukan lagi pengerusi Bandar Malaysia – Johari

"Hakikatnya, Jawatankuasa Budiman tidak mengadakan mesyuarat sejak enam bulan lalu. Oleh itu, mana-mana laporan yang menyatakan ahli-ahli Jawatankuasa Budiman telah dilepaskan daripada tugas adalah salah dan berniat jahat untuk mengelirukan," kata Johari.

Kit Siang tidak faham Bahasa Inggeris ke?

"Baca saya punya kenyataan di situ dan faham. Kecuali dia tidak faham Bahasa Inggeris. Itu sahaja," kata Johari.

Peruntukan tambahan bukan untuk persempadanan semula SPR

Menteri Kewangan Kedua itu menjelaskan peruntukan tambahan itu digunakan untuk melaksanakan tiga pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiap AS$1 belanja untuk pemerolehan, Malaysia dapat pulangan 4 kali ganda

“Dengan itu, boleh dirangkumkan setiap satu dolar Amerika yang dibelanjakan ke atas pemerolehan, kerajaan mendapat pulangan tiga atau empat kali lebih tinggi daripada segi kualiti pelaburan, peluang pekerjaan (pekerja berkemahiran), peningkatan teknikal dan pindahan teknologi."- Datuk Seri Johari Abdul Ghani

1MDB : Kerajaan tidak akan bertindak dengan strategi emosi

Johari menjelaskan tindakan mahkamah di Singapura terhadap beberapa individu yang bekerja di bank-bank membabitkan 1MDB disebabkan kesalahan urus tadbir yang berlaku di sana dan bukan di Malaysia.

BR1M: Semua penerima tahun lepas dapat pembayaran pertama minggu depan

Bagaimanapun,Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abd Ghani berkata, untuk pembayaran kali kedua yang akan dilakukan pada Jun depan, penerima tahun lalu diwajibkan mengemaskini maklumat kewangan mereka.

Telefon menteri risau tidak dapat BR1M

"Dia minta maaf sebab hubungi saya tengah malam. Dia kata pada saya, kakak tidak boleh tidur sebab risau tidak dapat BR1M," katanya yang berkongsi kisah itu semasa pelancaran Aplikasi Semakan BR1M di Dewan Hasil, minggu lalu.

BR1M: Kerajaan terima lebih 8 juta permohonan

"Sesungguhnya BR1M satu mekanisme yang diwujudkan khas bagi meringankan beban kos sara hidup dan pemberian ikhlas kerajaan secara bersasar," kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ramai rakyat tertipu dengan skim tidak masuk akal – Johari

"Selain itu, penipuan pembelian skim umrah yang sepatutnya dalam lingkungan RM6,000 tetapi ditawarkan antara RM2,000 hingga RM3,000, begitu juga skim pembelian hartanah di bawah RM100,000 tetapi dikenakan deposit serendah RM5,000 hingga RM6,000," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kewangan anjuran Bank Negara Malaysia.

Pengecualian cukai bagi institusi keagamaan kekal

Kementerian Kewangan akan mengeluarkan suatu perintah pengecualian di bawah seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi mengecualikan semua jenis pendapatan institusi keagamaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang mengawal selia institusi tersebut.