Tag: kementerian kesihatan
Warga Emas Berkerusi Roda Hadir Temujanji Vaksin #Covid19
Warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 JUN 2021.
Kudrat Penggali Kubur Urus ‘Rumah Terakhir’ Jenazah Covid-19
Tugas penggali kubur bukan sahaja menggali liang lahad namun mereka juga turut mengendali pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JUN 2021
‘Drive-Thru’ Pemberian Vaksin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
Kakitangan hospital UKM melakukan suntikan vaksin secara pandu lalu dilaksanakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) dibawah Kementerian Pangajian Tinggi selepas sidang media pengambil alihan sementara Hospital Pengajar Universiti (HPU) menjadi hospital COVID-19 di Hospital Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bandar Tun Abdul Razak. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2021.
Suasana Hari Kedua PKP Penuh
Dua orang kanak-kanak bermain futsal secara berduaan berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 JUN 2021.
Pelitup Muka Dua Lapis Kajian Makmal Dusk Mask NIOSH
Pegawai Teknikal Makmal Dust Mask Niosh, Haalah Mahmud melakukan ujian pernafasan tidak melebihi 0.7 millibar yang merupakan garis panduan untuk memakai dua pelitup muka di NIOSH Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2021.
Suasana Malam Pengebumian Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat #Covid19
Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Gombak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2021.
Kes Covid-19 Meningkat, Petugas KKM Perluas Saringan di Kawasan PKPD
Petugas Kesihatan memakaikan gelang kuarantin kepada penduduk selepas menerima ujian saringan Covid-19 berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Pertama dan Taman Serendah mulai Ahad, 30 Mei hingga 12 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sabak Bernam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2021.
Kawalan Ketat ATM, PDRM di Pangsapuri Permai #PKPD
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kawalan sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pangsapuri Permai, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MEI 2021.
“Gelombang Varian Baharu COVID19” Peningkatan Mendadak Pesakit di PKRC MAEPS 2.0
Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan pada seorang pesakit Covid-19 yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.
Menteri nasihat penerima vaksin Astrazeneca pantau kesihatan
Mereka perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksin AstraZeneca, iaitu sakit kepala yang teruk tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit ataupun ianya semakin teruk.

















