Tag: mahkamah kl
CEO Hooray X Fest Raya Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim yang merupakan penganjur utama acara Hoorrey X Fest Raya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan penipuan pembatalan festival raya Hoorray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ketika hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN 23 JUN 2023.
Najib Razak Hadir Perbicaraan Kes 1MDB di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiring pegawai penjara hadir ke mahkamah bagi sambungan perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 JUN 2023.
Muhyiddin Hadir Sebutan Kes Salah Guna Kuasa dan Pengubahan Wang Haram
Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke mahkamah bagi pada perbicaraan atas empat tuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM195 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 MEI 2023.
Reaksi Zakir Naik di Mahkamah KL
Reaksi pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik bersalaman dengan peguam ketika hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes saman fitnah terhadap Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 22 MEI 2023.
Rosmah Hadir Perbicaraan Kes Pengubahan Wang Haram, Elak Cukai
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah bagi perbicaraan berhubung pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2023.
Suspek Kes Letupan Bom Buatan Sendiri Dihadap Ke Mahkamah
Anggota polis membawa empat lelaki ke mahkamah bagi tuduhan kes kejadian letupan bom buatan sendiri di sebuah kondominium Jalan Klang Lama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2023.
Lim Guan Eng Di Mahkamah KL
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi sebutan kes berhubung laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam perbicaraan kes rasuahnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MEI 2023.
Pengarah Syarikat Bergelar Datuk Seri Hadapi Empat Pertuduhan Rasuah
Pengarah syarikat, Datuk Seri Sim Choo Thiam hadir ke mahkamah bagi pendakwaan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MEI 2023.
Siti Bainun Tangan Digari Selepas Keputusan Kes Bella
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali tangan bergari diiringi anggota polis berjalan keluar selepas keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara kerana didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MEI 2023.
Boy Iman Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah
Pelakon, Norul Iman Abdul Rahman, 43, atau lebih dikenali sebagai Boy Iman antara empat OKT akan dituduh berhubung kes penipuan pembatalan penganjuran pesta beli belah sempena sambutan Hari Raya, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) ketika dibawa oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2023.

















