Thursday, April 25, 2024
Home Tag Mahkamah kl

Tag: mahkamah kl

Najib Razak di Mahkamah KL

Saksi yang merupakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diiring pegawai penjara hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes pengubahan wang haram dihadapi bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang gagal mengisytiharkan aset RM1 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 DISEMBER 2022.

Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas menghadiri keputusan permohonan untuk mendapatkan beberapa dokumen transaksi melibatkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Aziz di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2022.

Penceramah Fathi Diikat Jamin RM12,000

Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, berjalan keluar selepas diikat jamin sebanyak RM12,000 selepas didakwa atas pertuduhan berkaitan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 DISEMBER 2022.

Siti Bainun Diarah Bela Diri Pertuduhan Abai dan Aniaya Bella

Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali Bella pada hari keputusan pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 NOVEMBER 2022.

Sidang Media Tan Sri Shafee Abdullah di Mahkamah KL

Reaksi peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media selepas keputusan mahkamah tolak permohonan kerajaan lucut hak harta Najib dari Pavilion Residences di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 NOVEMBER 2022.

Reaksi Syed Saddiq Diarah Bela Diri Empat Pertuduhan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicium ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz di luar mahkamah ketika hadir mendengar keputusan perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 OKTOBER 2022.

Dua Lagi Suspek Culik Lelaki Palestin Tangan Bergari Ke Mahkamah

Suspek, Mohd Zaidi Mohd Zain dan Tengku Hazarol Ismail Tengku Hamid diiringi polis ketika dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan menculik warga Palestin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2022.

Guan Eng Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes rasuah atas empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2022.

Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah KL

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mahkamah bagi pembicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2022.

Bella Berpakaian ‘Elsa’ Hadir Mahkamah Beri Keterangan

Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hadir ke mahkamah bagi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2022.