Tag: mahkamah sesyen
Pembelaan Bung Moktar, Zizie ditangguh hingga Ogos ini
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan yang dikemukakan pasangan tersebut. Kedua-duanya sepatutnya mula membela diri hari ini.
Zayn Rayyan meninggal dunia akibat leher dijerut – Pakar bedah
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin meninggal dunia akibat jerutan dileher menggunakan tali, lanyard atau kain yang dipintal, bukan kerana mati lemas.
AGC fail rayuan keputusan kes bapa rakam video, simpan gambar lucah...
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan Notis Rayuan bagi merayu hukuman denda RM6,000 ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah memiliki 18 rakaman video dan beberapa gambar bogel kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang merupakan anak tirinya.
Buruh, penjaja mengaku tak bersalah rasuah RM17,000
Tertuduh, Yap Foo Siong, 57 dan Ang Lay Peng, 40 pada jam 9.50 pagi bertempat di McDonald's Putrajaya DT tarikh berkenaan didakwa dengan niat bersama memberikan suapan kepada Pembantu Pendaftaran Gred KP1, Wan Azizul Wan Abdullah untuk membantu mereka dalam proses permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu iaitu dokumen daftar kelahiran JPN dan surat pengesahan bersalin.
Wartawan Malaysiakini didakwa terima rasuah RM20,000
Wartawan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Tuduhan ibu bapa Zayn Rayyan dipinda, lokasi lebih spesifik
Pindaan pertuduhan melibatkan perubahan lokasi kejadian kehilangan kanak-kanak autisme itu pasa 6 Disember dua tahun lalu.
Miliki 200 peluru, enam senjata api: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas dua kesalahan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api, tahun lalu.
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan seolah-olah cuba melepaskan diri daripada seseorang
Sebagai pengasuh, saya mengenali suara Zayn Rayyan dan suara itu datang dari kawasan sekitar Blok R,'' ujar Auni Afiqah
Zayn Rayyan tak pernah dilihat bermain luar rumah sebelum kehilangannya –...
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu, Zayn Rayyan Abdul Matin tidak pernah dilihat bermain di luar atau di taman permainan seperti kanak-kanak lain sebelum kehilangannya.
Jiran nampak galas beg sekolah, Ismanira beritahu polis cerita lain
Jiran kepada keluarga Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, dia tidak melihat Ismanira Abdul Manaf memegang benda lain ketika terserempak dengan wanita itu di tangga Apartmen Idaman, Damansara Damai pada hari kehilangan kanak-kanak berkenaan















