Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara telah memfailkan Notis Rayuan bagi merayu hukuman denda RM6,000 ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah memiliki 18  rakaman video dan beberapa gambar bogel kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang merupakan anak tirinya.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 702) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Notis Rayuan difailkan hari ini.

Mahkamah Sesyen Muar pada 19 Mac lalu menjatuhkan hukuman tersebut ke atas pekerja pembersian kerana merakam dan memiliki bahan lucah berupa video dan gambar bogel anak tirinya.

Tertuduh berusia 56 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast