Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tiba di perkarangan Mahkamah bersama-sama ahli keluarga bagi sambungan perbicaraan atas tuduhan menganiaya anak mereka di Kompleks Mahkamah, Petaling Jaya. Foto HARI ANGGARA, 18 FEBRUARI 2025. (GAMBAR FAIL)

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini membenarkan pindaan pertuduhan terhadap ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Permohonan pindaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

Berdasarkan pindaan pertuduhan tersebut, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf pada 5 Disember jam 12 tengahari hingga 6 Disember 2023 pada jam lebih kurang 9.55 malam bertempat di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai telah mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Oleh itu kedua-dua individu tersebut didakwa melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen 31(1) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pindaan berkenaan dibacakan di depan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Zaim dan Ismanira kemudian, mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan.

Pertuduhan pada 12 Jun tahun lalu tidak menyebut secara spesifik nama blok dan apartment berkenaan.

Sebaliknya, hanya dinyatakan mengenai dakwaan pengabaian kanak-kanak autisme itu dilakukan di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai.

Pada 6 Disember 2023, mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Berdasarkan hasil bedah siasat, polis mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here