Tag: maut
Lelaki maut terjatuh dari pokok petai
Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe berkat,a pihaknya menerima panggilan pada 12.22 tengah hari tadi dengan lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.
Penunggang motosikal maut digilis treler
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner, S Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira 4.40 petang itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa memotong treler di laluan sebelah kiri sebelum hilang kawalan.
Wanita Maut Disyaki Dibunuh, Teman Lelaki Kritikal Kelar Leher Sendiri #MGFlash
Seorang pekerja di sebuah pasar raya ditemukan maut di rumah sewanya di Taman Damai, Batu Pahat, Johor, dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya selepas gagal dihubungi ahli keluarga selama tiga hari.
Budak lelaki maut diserang jerung di pantai Brazil
Serangan itu berlaku di perairan Pantai Chifre, sebuah kawasan tumpuan pelancong di negeri Pernambuco, kata Jawatankuasa Negeri Pemantauan Insiden Jerung (CEMIT).
Makan durian dengan minum air bergas boleh sebabkan maut? Itu mitos...
Dalam kes di mana ada yang rebah selepas mengambil kombinasi buah dan minuman itu, ia berpunca daripada beban metabolik, bukannya disebabkan oleh racun.
Lupa dihantar ke pengasuh, budak maut tertinggal dalam kereta 9 jam
SEREMBAN, 27 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira 6.15 petang memaklumkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas dipercayai ditinggalkan oleh ibunya berusia 35 tahun pada 8 pagi yang bekerja di sebuah bank berhampiran.
"Ibu mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh dan kejadian hanya disedari kira-kira 5 petang selepas ibu mangsa selesai bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azahar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira 6.15 petang memaklumkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Pemandu pacuan empat roda maut terbabas di Plaza Tol Bentong
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Sapri Aziz, 65, cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang wanita yang merupakan isteri mangsa berusia 61 tahun mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Penungang motosikal maut bergesel dengan lori
Nahas berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Jalan Batu Tiga Lama memasuki Bulatan Berkeley untuk menghala ke Shah Alam telah bergesel dengan lori di lokasi kejadian.
Sistem brek gagal, bas dipandu laju punca kemalangan maut libatkan 42...
Sistem brek bas terjejas akibat perubahan bentuk dan kehausan brak drum belakang sebelah kiri, serta pencemaran gris/minyak pada brake lining dan ketidakseragaman komposisi bahan lining.

















