KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas cedera parah di kepala akibat digilis sebuah treler dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Salleh menghala ke Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner, S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kemalangan  kira-kira 4.40 petang itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa memotong treler di laluan sebelah kiri sebelum hilang kawalan.

“Motosikal itu kemudian terjatuh ke bahagian bawah treler berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Vijaya Rao berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam masa yang sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli di talian 017-5843 860 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast