Thursday, October 1, 2026
Home Tag MENTERI KESIHATAN

Tag: MENTERI KESIHATAN

KJ Hadir Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bergambar bersama jururawat pada Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di Hotel Everly, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 12 MEI 2022.

KJ Lancar Laporan Skim Peduli Sihat Kesihatan B40 (PeKa B40)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melancarkan buku laporan pada Majlis Pelancaran Laporan Skim Peduli Sihat Kesihatan B40 (PeKa B40) tahun 2021 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 28 APRIL 2022.

Tempoh kuarantin pesakit Covid-19 dipendekkan

Tempoh kuarantin bagi pesakit Covid-19 yang positif kini dikurangkan sekiranya individu berkenaan mendapati ujian RTKnya adalah negatif pada hari keempat dan tidak perlu lagi meneruskan kuarantin.

KJ dan Radzi Jidin Lancar Generasi Penamat Anti Rokok 18 (GEGAR-18)

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin membuat simbolik tolak rokok bersama pelajar sekolah pada Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (GEGAR-18) di Smk Bandar Seri Putra, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 25 APRIL 2022.

Khairy Saksi Penyerahan Institut Endokrin Hospital Putrajaya

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyaksikan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman (kanan) melakukan simbolik penyerahan Institut Endokrin, Hospital Putrajaya kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Harjeet Singh (dua kiri) pada Majlis Penyerahan Projek Bangunan Tambahan Blok Baharu di Hospital Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 APRIL 2022.

KJ Lancar Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad (kanan) menunjukkan poster Dilarang Merokok pada majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 APRIL 2022.

Khairy Jamaluddin Lancar Ambulans Pintar 5G

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melihat teknologi 5G yang digunakan di dalam Ambulan untuk Doktor Pakar merawat pesakit pada majlis pelancaran '5G Ready Ambulance by YTL Communications Sdn Bhd and First Ambulance Sdn Bhd' di YTL Communication Data Centre, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 APRIL 2022.

Kepakaran China dalam perubatan tradisional beri manfaat kepada kita – KJ

Menurutnya, MoU itu lanjutan daripada MoU asal yang ditandatangani sebelum ini pada 7 November 2011 yang rata-rata bertujuan menggalak, mempermudah dan mempromosi kerjasama antara kedua-dua negara baik dari segi amalan, bahan mentah dan produk, pendidikan dan latihan serta penyelidikan.

KJ Pamer Aksi Tinju Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melancarkan gimik pada Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan dan Pelancaran Hari Aktiviti Fizikal Sedunia 2022 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 MAC 2022.

KJ akui banyak pihak mahu data MySejahtera namun beliau tak benarkan

KKM dapat permintaan daripada banyak pihak untuk mengunakan data pengguna dalam aplikasi tersebut bagi tujuan komersial namun beliau tidak akan membenarkannya.