Khairy Jamaluddin Abu Bakar houseman house officer death Penang Hospital UKSB donation Rembau UMNO VLN foreign Visa System Ahmad Zahid Hamidi
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

PUTRAJAYA – Tempoh kuarantin bagi pesakit Covid-19 yang positif kini dikurangkan sekiranya individu berkenaan mendapati ujian RTKnya adalah negatif pada hari keempat dan tidak perlu lagi meneruskan kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebelum ini mana-mana individu yang positif Covid-19 dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari.

“Individu boleh dilepaskan daripada pengasingan bermula pada hari keempat sekiranya telah disahkan negatif menerusi ujian RTK Antigen yang diselia oleh pengamal perubatan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh hari,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KKM hari ini.

Khairy berkata, ujian berkenaan perlulah menggunakan RTK-Antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal atau maya.

“Keputusan ujian berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eCOVID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada satu jam.

“Ini membolehkan individu berkenaan segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan apabila keputusan ujian pengesanan tersebut negatif Covid-19.

“Sekiranya individu tidak memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19, maka pelepasan akan diberikan secara automatik selepas menjalani pengasingan selama tujuh hari,” tambahnya.

Selain itu, Khairy berkata, semua individu dibenarkan memasuki premis tanpa mengira status vaksinasi mereka kecuali yang positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap dan individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa
vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia

“Individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia,” jelas Khairy lagi.

Menurut beliau lagi, KKM tidak lagi akan mengeluarkan laporan rasmi mengenai bilangan kes harian Covid-19 sebaliknya data itu dikeluarkan secara mingguan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.  MalaysiaGazette