Tag: pencemaran Sungai Johor
Pencemaran Sungai Johor: JAS tahan pengurus, lesen kilang sawit digantung
JAS memandang serius insiden pencemaran air sungai yang dilaporkan selepas menerima aduan daripada wakil penduduk kampung berhubung keadaan air sungai yang bertukar warna hitam.
Pencemaran Sungai Johor: Pertimbang beri rebat kepada pemilik akaun terjejas
Perkara itu sedang diperhalusi selepas lebih 292,000 akaun pengguna di Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Gelang Patah dan Kulai mengalami krisis bekalan air.
Pencemaran Sungai Johor:Bekalan air pulih sepenuhnya 12 malam ini
"Setakat 3 petang tadi sebanyak 99 peratus pemegang akaun telah kembali menerima bekalan air manakala 2,472 pemilik akaun lagi masih belum menerima bekalan air. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pukul 12 tengah malam ini," katanya.
Pencemaran Sungai Johor: Onn Hafiz patut contohi Hishammuddin
"Media pula tiap-tiap hari melaporkan berita tentang pencemaran sungai ini. Daripada keluhan rakyat, di sekolah, kerugian nelayan hinggalah gangguan dalam pengurusan jenazah. Ini menunjukkan kesan daripada pencemaran," tulisnya dalam Facebook miliknya hari ini.
Pencemaran Sungai Johor: Empat lagi laporan polis diterima
"Ini menjadikan tujuh laporan polis sudah diterima setakat ini sejak 31 Oktober sehingga semalam. Tiga laporan polis sebelum ini dibuat syarikat pengendali air, Ranhill SAJ Sdn Bhd dan dua lagi daripada penduduk kampung," katanya.
Pencemaran Sungai Johor: Aktiviti perlombongan dihentikan serta-merta
"Selain itu permit bahan batuan syarikat terbabit turut digantung sementara waktu bagi memberi ruang kepada proses siasatan," katanya dalam kenyataan.
Nelayan mahu pampasan, pencemaran Sungai Johor akibatkan 1 tan ikan mati
Nelayan, Mazuri Mat, 39, melahirkan rasa terkilan kerana ikan yang diletakkan dalam sangkar di sungai tersebut, yang sepatutnya dijual telah mati.













