Tuesday, May 21, 2024
Home Tag Perintah Kawalan Pergerakan

Tag: Perintah Kawalan Pergerakan

Rai Tradisi Hari Raya Aidilfitri #MalamRaya2021

Penduduk, Fadzlie Mohamad bermain bunga api berus periuk bagi meriahkan suasana Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.

Persediaan SOP Ketat Jemaah Masjid #PKP

AJK masjid, Ramli Yassin melakukan sanitasi sebagai persediaan untuk para jemaah melakukan Solat Sunat Aidilfitri selepas dibenarkan pihak MKN dengan kapasiti yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampong Baru, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MEI 2021.

24 jam Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0

Sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan 6 daerah Selangor di Lebuhraya Perseketuan, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 09 MEI 2021.

Keluh Kesah Peniaga Bazar Aidilfitri Ketika Musim #PKP

Peniaga-peniaga mula mengemas gerai jualan mereka berikutan bazar Aidilfitri diarahkan tutup bermula 10 Mei ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 09 MEI 2021.

PKP Fasa 3 – Bazar Aidilfitri Lorong TAR Kena Serbu

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang sempena hari raya pada hari terakhir Bazar Aidilfitri beroperasi selepas diarahkan tutup bermula 10 Mei ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MEI 2021.

Suasana Lengang GM Klang Diarah Tutup Akibat COVID-19

Pengawal keselamatan menunjukkan notis penutupan sementara pusat membeli belah selama 3 hari bermula hari ini kepada orang ramai selepas premis itu disenaraikan sebagai lokasi berisiko penularan wabak COVID-19 menerusi sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di GM Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 09 MEI 2021.

‘Lemang Daun Lerek’ Juadah Tradisi Musim Perayaan Aidilfitri

Pekerja Lemang Daun Lerek memasukkan lemang yang selesai dimasak kedalam troli untuk eijual kepada orang ramai sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Greenwood, Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2021.

Rezeki Tukang Gunting Rambut di Kawasan PKP #HariRayaAidilfitri

Pengunjung mengambil peluang menggunting rambut sebagai persiapan bagi sambutan hari raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMNBAK, 08 MEI 2021.

Sidang Media Dr Noor Hisham Amaran Varian Baharu #COVID19

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 MEI 2021.

Polis Pantau dan Periksa Penumpang Bas Cuba Rentas Negeri Tanpa Kebenaran

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengatakan sesuatu kepada seorang penumpang semasa meninjau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2021.