Tag: perniagaan. Covid-19
Baiki mekanisme perlindungan peniaga pasca Covid-19
Secara amnya, Akta Syarikat 2016 membenarkan pemiutang mengajukan permohonan penggulungan syarikat di mahkamah jika jumlah hutang tersebut ialah RM10,000 atau lebih. Syarikat diberikan tempoh 21 hari dari tarikh notis tuntutan untuk melunaskan hutang tersebut. Sekiranya gagal, syarikat tersebut boleh digulungkan. Sebagai langkah jangka pendek menangani impak Covid-19 terhadap keupayaan perniagaan untuk terus beroperasi, peruntukan ini telah diubahsuai pemakaiannya apabila Perintah Syarikat (Pengecualian) 2020 diperkenalkan. Di bawah Perintah ini, syarikat diberikan tempoh hingga 6 bulan dan amaun hutang dinaikkan kepada RM50,000.








